Permohonan SPA9 2020 Online Borang Kerja Kosong Kerajaan

Permohonan SPA9 2020 Online Borang Kerja Kosong Kerajaan|ADAKAH anda berminat berkhidmat sebagai penjawat awam di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Berita baik buat anda yang sedang mencari pekerjaan kosong serta pemohon yang baru menamatkan peperiksaan SPM. Untuk makluman anda, pemohon lepasan SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah dan ke atas boleh membuat permohonan SPA9 secara online menerusi borang SPA9.

Permohonan SPA9 2020 Online Borang Kerja Kosong Kerajaan

Sedia maklum, permohonan jawatan kosong SPA akan dibuka pada setiap tahun bagi lepasan Sijil/SPM, Diploma dan Ijazah.

Permohonan SPA9 2020 Online Borang Kerja Kosong Kerajaan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan SPA9 melalui borang SPA9 secara online:

Borang Permohonan SPA9 2020 Online

1. Untuk mendaftar Portal SPA, sila layari atau klik pada borang SPA9 melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://spa9.spa.gov.my/

2. Kemudian, pemohon perlu daftar nama dan butiran anda sebelum mengisi borang SPA9. Bagi anda yang belum mempunyai akaun dan ingin membuka akaun SPA9 - Sila klik "Daftar Akaun".

3. Isikan maklumat yang diminta seperti maklumat peribadi, aktiviti kokorikulum dan maklumat akademik dengan lengkap.

4. Setelah selesai mengisi maklumat diatas, anda boleh mengisi bahagian jawatan yang ingin dipohon.

5. Kemudian, anda diminta untuk membuat pengesahan bahawa segala maklumat adalah betul.

6. Bagi ingin tahu syarat kelayakan permohonan SPA9, anda boleh layari dengan klik pada pautan DISINI.

Syarat Kelayakan Permohonan SPA9

Antara Syarat Kelayakan Permohonan SPA9 adalah seperti berikut:

1. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon 15 jawatan sahaja.

2. Tempoh sah laku setiap permohonan adalah selama satu tahun.

3. Setiap pendaftaran pekerjaan tertakluk kepada dasar “one step lower” iaitu:

- Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
- Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
- Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SPA9, sila hubungi Hotline SPA di talian 03 - 80919000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di https://www.aduan.spa.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan SPA9 2020 Borang Kerja Kosong Kerajaan ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di sektor awam!

No comments

Powered by Blogger.