Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19? Berita baik buat anda lepasan SPM yang berminat membuat permohonan
jawatan kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat S19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19:

Gaji Penolong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,352
◾ Gaji Maksimum: RM 4,003
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19:

Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 adalah membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat, perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain. Di samping itu memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan Asrama Anak Yatim.

Syarat Kelayakan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii.
a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.