Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Keselamatan Gred KP19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Keselamatan Gred KP19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Keselamatan Gred KP19? Berita baik buat anda lepasan SPM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Keselamatan Gred KP19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Keselamatan Gred KP19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Keselamatan Gred KP19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO). Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Keselamatan Gred KP19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pengawal Keselamatan Gred KP11:


Gaji Pembantu Keselamatan Gred KP19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,355
◾ Gaji Maksimum: RM 4,007
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Keselamatan Gred KP19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19:

Tugas Pembantu Keselamatan Gred KP19 adalah bertanggungjawab menyelia dan menyelaras Pengawal Keselamatan Gred KP11 dan KP14, menentukan perjalanan kawalan di semua pintu masuk utama dan pintu masuk semua bangunan dipatuhi dan mengarahkan pengawal-pengawal keselamatan mengawasi pelawat-pelawat yang memasuki kompleks.

Syarat Kelayakan Pembantu Keselamatan Gred KP19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
◾Warganegara Malaysia;
◾Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
◾Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
◾Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
◾Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
◾Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Keselamatan Gred KP19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.