Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29? Berita baik buat anda lepasan Diploma/STPM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Pertahanan Awam. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, pemohon boleh membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29:

Gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,493
◾ Gaji Maksimum: RM 5,672
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29:

Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 adalah bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun  pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3.
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

iii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga!

No comments

Powered by Blogger.