Permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 2018

Permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 2018|ANDA berminat bekerja sebagai penjawat awam di sektor kerajaan? Perhatian yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 tahun 2018. Menerusi Portal Rasmi SPA, terdapat sebanyak 91 kekosongan jawatan dan 1,500 simpanan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. Permohonan kini telah dibuka secara online sehingga tarikh tutup 25 April 2018 (Rabu) jam 11.59 malam.

Permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 2018

Sedia maklum, tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 adalah bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui permohonan Borang SPA8i di Portal Rasmi SPA.

Permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29:

1. Permohonan boleh dibuat secara online
    di Portal Rasmi SPA melalui pautan
    seperti berikut:
KLIK: 👉 https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Atau:-
KLIK: 👉 https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan.
    Kemudian, klik pada butang 'Log Masuk'.

Syarat Kelayakan Permohonan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun  pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3.
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

iii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Iklan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29



Follow kami di Facebook https://www.facebook.com/Rujukan-Kerjaya-SPA-118067598890250/ dan ingin terima sebarang informasi terkini SPA di Telegramhttps://t.me/rujukankerjayaspa

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)!

No comments

Powered by Blogger.