Permohonan ePengambilan PDRM 2021 Online (Semakan Status)

Permohonan ePengambilan PDRM 2021 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan pengambilan PDRM tahun 2021 bakal dibuka? Berita baik buat anda rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berminat mengisi kekosongan jawatan konstabel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun 2021. Berikut dikongsikan Cara Permohonan ePengambilan PDRM 2021 Online buat rujukan anda.

Permohonan ePengambilan PDRM 2021 Online (Semakan Status)


Sedia maklum, ePengambilan PDRM merupakan sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik. Menerusi laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.


Permohonan ePengambilan PDRM 2021 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan ePengambilan PDRM termasuk syarat kelayakan, cara login dan semakan status:


Permohonan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM 2021

1. Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.

2. Kemudian, pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum yang diisi adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.

3. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

4. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.

5. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. 

6. Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.


Cara Daftar ePengambilan PDRM 2021

1. Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.

2. Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.

3. Kemudian, semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.

4. Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.

5. Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].

6. ekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan.


Semakan Jawatan ePengambilan PDRM 2022

1. Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat kelayakan memohon.

2. Jika anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak jawatan yang dibuka untuk pendaftaran.

3. Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.


Login ePengambilan PDRM 2021

1. Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log Masuk.

2. Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

3. Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

4. Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

5. Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.


Semakan Status e-Pengambilan PDRM 2021 

1. Untuk membuat semakan status permohonan ePengambilan PDRM, sila klik pada menu "Semak Status Permohonan".

2. Kemudian, masukkan No. KP Baru dan klik pada butang Semak.

3. Status Pengambilan anda akan dipaparkan di screen.

4. Anda perlu cetak surat panggilan tersebut sebagai rujukan anda.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan ePengambilan PDRM, sila layari Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia di https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Semoga perkongsian Cara Permohonan ePengambilan PDRM tahun 2021 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya menjawat jawatan sebagai Polis!

No comments

Powered by Blogger.