Contoh Soalan Ujian SPIER Penguasa Imigresen KP41 2021

Contoh Soalan Ujian SPIER Penguasa Imigresen KP41 2021|ADAKAH anda calon Ujian SPiER Penguasa Imigresen KP41 bagi tahun 2021? Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) bagi jawatan Penguasa Imigresen Gred KP41 tahun 2021. Menerusi Portal Rasmi SPA, Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) Penguasa Imigresen Gred KP41 di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bakal diadakan pada 3 Mei dan 4 Mei 2021. Berikut dikongsikan Contoh Soalan Ujian SPIER Penguasa Imigresen Gred KP41 buat rujukan anda.

Contoh Soalan Ujian SPIER Penguasa Imigresen KP41 2021


Sedia maklum, SPIER dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme. SPIER merupakan tiga sistem Ujian Psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai. Kebiasaannya soalan yang akan ditanya dalam SPIER adalah dalam bentuk 'YA' atau 'TIDAK', 'BETUL' atau 'SALAH' dan 'SETUJU 'atau 'TIDAK SETUJU'.


Contoh Soalan Ujian SPIER Penguasa Imigresen KP41 2021

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) bagi Penguasa Imigresen Gred KP41 termasuk format soalan dan rujukan khas:


Format Ujian SPIER Penguasa Imigresen 

◼️Masa: Fleksibel (Dijawab pada bila-bila masa mengikut kesesuaian calon dalam tempoh 3 Mei - 4 Mei 2021) 

◼️Tempoh Menjawab : 30 minit

◼️Jumlah Soalan : 90 soalan

Nota: Bagi calon yang lulus Ujian SPIER akan dipanggil ke Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. Hanya calon-calon yang lulus Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan sahaja akan dipanggil ke temuduga. 


Contoh Soalan Ujian SPIER Penguasa Imigresen KP41

1. Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah

A. Setuju

B. Tidak Setuju

2. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..

A. Ya    B. Tidak

3. Saya tidak bertolak ansur dengan orang yang tidak menepati janji.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Jarang-jarang

D. Sekali-sekala

E. Tidak pernah

4. Saya tidak akan memberi keputusan terhadap sesuatu cadangan dengan spontan walaupun ramai orang telah bersetuju.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Jarang-jarang

D. Sekali-sekala

E. Tidak pernah

5. Pihak yang mendapat suara majoriti,

menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya

A. Ya      B. Tidak

6. Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua

A. Ya      B. Tidak

7. Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat saya

A. Ya      B. Tidak

8. Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat berputus-asa

A. Ya      B. Tidak

9. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A. Ya      B. Tidak

10. Saya boleh bekerja dalam semua keadaan termasuk kecemasan

A. Ya      B. Tidak


Rujukan Pantas Ujian SPIER Penguasa Imigresen KP41 Tahun 2021

Berita baik buat calon SPA yang akan menduduki Ujian SPIER dimana Tim Infokerjaya telah menerbitkan satu rujukan khas untuk membantu calon-calon menjawab soalan ujian SPIER dengan baik dan cemerlang. Rujukan ini sebenarnya diterbitkan untuk Ujian Psikometrik namun ianya juga sesuai digunakan untuk calon Penguasa Imigresen KP41 tahun 2021. Untuk mendapatkan nota dan rujukan Ujian SPIER anda boleh klik link menerusi pautan dibawah:



Contoh Soalan Ujian SPIER Penguasa Imigresen KP41 2021

Semoga perkongsian Contoh Soalan Ujian SPIER Penguasa Imigresen KP41 ini dijadikan rujukan buat semua calon SPA!

DISCLAIMER : Contoh soalan yang dikongsikan adalah sebagai bentuk gambaran atau panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan ataupun soalan bocor!

No comments

Powered by Blogger.