Ujian Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Pengawal Keselamatan KP11 2021

Ujian Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Pengawal Keselamatan KP11 2021|ADAKAH anda calon Pengawal Keselamatan? Pertama kali tahniah diucapkan kepada calon yang telah menerima surat panggilan untuk pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan bagi jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 tahun 2021. Menerusi Portal SPA9, telah mengumumkan ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan Pengawal Keselamatan Gred KP11 bakal diadakan mulai 1 hingga 2 April 2021. Berikut dikongsikan Ujian Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Pengawal Keselamatan 2021 buat rujukan anda.

Ujian Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Pengawal Keselamatan KP11 2021

Sedia maklum, jawatan Pengawal Keselamatan merupakan antara salah satu jawatan yang memerlukan ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan.


Ujian Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Pengawal Keselamatan KP11 2021

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan bagi jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11:


1. Ujian Pemeriksaan BMI

Anda perlu mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal seperti berikut:

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.

iii. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).


2. Ujian Vision Acquity

Anda perlu mempunyai syarat-syarat pancaindera seperti berikut:

i. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata.

ii. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

iii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


3. Ujian Pemeriksaan Tubuh Badan

Untuk ujian ini pemeriksaan tubuh badan akan dilakukan untuk memastikan anda dalam keadaan sihat dan cergas. Dalam pemeriksaan ini anda akan ditanya pernah menjalani pembedahan sebelum ini.


4. Ujian Berkawad

Bagi anda yang pernah menyertai badan beruniform seperti PKBM, BOMBA, POLIS dan sebagainya ketika sekolah dahulu sudah pastinya tidak kekok untuk menjalani ujian berkawad. Ujian ini dilakukan untuk memastikan lutut dan tangan tidak bengkok.


5. Ujian Kecergasan

Setelah anda melepasi semua ujian di atas, maka anda bakal lalui ke fasa Ujian Kecergasan. Untuk ujian ini anda benar-benar mempunyai fizikal yang kuat untuk menjalani beberapa aktiviti seperti berikut:

1. Mengangkat Pemberat Seberat:

i. Lelaki – 54 kilogram

ii. Perempuan – 46 kilogram

2. Menjulang dan menegakkan tangga Ajax:

3. Memanjat tangga penyelamat setinggi 16.5 meter;

4. Memanjat tali setinggi 4.75 meter.

Semoga perkongsian Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Pengawal Keselamatan Gred KP11 tahun 2021 ini bermanfaat untuk anda semua!

No comments

Powered by Blogger.