Cara Mengisi Borang Permohonan SPA9 2022 Online

Cara Mengisi Borang Permohonan SPA9 2022 Online|ANDA ingin mencari jawatan kosong di sektor pekerjaan awam? Perhatian buat anda yang ingin mengisi borang permohonan SPA9 secara online. Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong SPA9 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berikut dikongsikan Cara Mengisi Borang Permohonan SPA9 2022 Online buat rujukan anda.

Cara Mengisi Borang Permohonan SPA9 2020 Online

Sedia maklum, Permohonan Jawatan Kosong SPA adalah sepanjang tahun dan melibatkan pemohon dari lepasan Sijil, SPM, Diploma dan Ijazah. Sebelum mengisi borang permohonan SPA9 secara online, pastikan anda sudah mendaftar akaun baharu SPA9 terlebih dahulu.


Cara Mengisi Borang Permohonan SPA9 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara mengisi borang permohonan SPA9 secara online:

Panduan Mengisi Borang Permohonan SPA9 Online

Setelah anda log masuk ke akaun SPA9, anda boleh mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut. 

1) MAKLUMAT PEMOHON

A. Maklumat Peribadi 

1. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”:

2. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang
bewarna merah (*).

B. Maklumat Kelayakan Akademik

Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan sila isi maklumat akademik anda dengan lengkap mengikut kelayakan masing-masing.

2) MAKLUMAT SEDANG BERKHIDMAT 

Lengkapkan maklumat sekiranya anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam / Kerajaan Tempatan / Badan Berkanun / Polis. 

3) MAKLUMAT BEKAS TENTERA

1. Ruang ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang terdiri daripada bekas 
tentera.
a. Pilih Kategori dan Pangkat. 
b. Klik “Simpan”. 

2. Jika calon ialah bekas tentera, medan kategori bekas tentera yang ditamatkan perkhidmatan akan muncul. Calon di kehendaki untuk memilih salah satu daripada 24 perkara tersebut.

3. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

4) MAKLUMAT BUKAN AKADEMIK

Di bahagian ini anda perlu lengkapkan maklumat seperti Kebolehan Bahasa, Bakat, Sukan, Penerima Bantuan dan Kurang Upaya. 

5) JAWATAN DIPOHON

Di bahagian ini anda perlu memilih jawatan dikehendaki mengikut bidang atau kelayakan masing-masing seperti Bakat, Latihan Separa Perubatan, PT3/PMR, SPM/SVM/SKM, Diploma/ STPM/ STAM/ Matrikulasi dan Ijazah. 

6) PERAKUAN PEMOHON

A. Semakan Maklumat Permohonan

Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

B. Perakuan Pemohon

i. Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

ii. Sila klik pada petak SETUJU dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.

iii. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan 
permohonan pemohon tidak akan diproses.

iv. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.

7) SEMAKAN PERMOHONAN 

Apabila pautan “Permohonan Yang Telah Didaftarkan” ditekan, skrin seperti berikut akan dipaparkan.

Info Penting:
Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh Daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai di SPA dan jika tidak sila semak semula maklumat yang dimasukkan. Pastikan bertanda (*) dipenuhkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Hotline SPA di talian 03 - 80919000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di https://www.aduan.spa.gov.my

Semoga perkongsian Cara Mengisi Borang Permohonan SPA9 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.