Cara Kemaskini Permohonan SPA9 2022 Online

Cara Kemaskini Permohonan SPA9 2022 Online|ANDA sudah daftar akaun baru SPA9? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara kemaskini permohonan jawatan SPA9 tahun 2022 secara online. Berikut dikongsikan Cara Kemaskini Permohonan SPA9 2022 Online buat rujukan anda.

Cara Kemaskini Permohonan SPA9 2020 Online

Sedia maklum, SPA9 adalah sebuah laman portal bagi mereka yang ingin membuat permohonan jawatan kosong di sektor kerajaan awam. Selain itu, pemohon juga boleh kemaskini maklumat permohonan, semakan panggilan temuduga dan semakan keputusan peperiksaan.


Cara Kemaskini Permohonan SPA9 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara kemaskini borang permohonan SPA9 secara online:

Kemaskini Permohonan Jawatan SPA9 Online

1. Pemohon perlu layari ke Laman Web SPA9 secara online menerusi pautan di https://spa9.spa.gov.my/.

2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan anda dan kata aluan yang didaftarkan.

3. Lengkapkan maklumat yang terkini dan pengemaskinian jawatan yang dipohon sekiranya ada perubahan. 

4. Setelah selesai kemaskini, sila klik butang "Simpan".

Info Penting:
*Pengemaskinian borang permohonan perlu dilakukan sama ada terdapat tawaran terkini daripada pihak SPA atau pemohon ingin menukar jawatan yang dipohon.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SPA9, sila hubungi Hotline SPA di talian 03 - 80919000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di https://www.aduan.spa.gov.my

Semoga perkongsian Cara Kemaskini Permohonan SPA9 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.