Cara Daftar Akaun SPA9 2023 Online
Cara Daftar Akaun SPA9 2023 Online|ANDA ingin daftar akaun SPA9? Bagaimana cara mendaftar akaun SPA9 secara online? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara daftar akaun baru SPA9 tahun 2023 secara online. Untuk makluman anda, permohonan pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi SPA9. Berikut dikongsikan Cara Daftar Akaun SPA9 2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, SPA9 merupakan sebuah portal bagi mencari pekerjaan kosong di sektor perkhidmatan awam. Permohonan Jawatan Kosong SPA adalah sepanjang tahun dan melibatkan pemohon dari lepasan Sijil, SPM, Diploma dan Ijazah.
Cara Daftar Akaun SPA9 2023 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara daftar akaun baru SPA9 termasuk cara mengisi borang permohonan:Pendaftaran Akaun Baru SPA9 Online
1. Pemohon perlu layari Laman Web SPA9 secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:KLIK 👉 https://spa9.spa.gov.my/
2. Isikan maklumat permohonan yang diminta dengan betul dan lengkap.
3. Setelah siap diisi dengan lengkap, klik pada butang 'Daftar'.
4. Selesai. Seterusnya, anda boleh login menggunakan MyID dan Kata Laluan anda.
3. Setelah siap diisi dengan lengkap, klik pada butang 'Daftar'.
4. Selesai. Seterusnya, anda boleh login menggunakan MyID dan Kata Laluan anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SPA9, sila hubungi Hotline SPA di talian 03 - 80919000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di https://www.aduan.spa.gov.my
Semoga perkongsian Cara Daftar Akaun Baru SPA9 secara online ini dijadikan rujukan dan memudahkan pemohon SPA membuat pendaftaran akaun SPA9!
Post a Comment