Contoh Soalan Pengetahuan Am Dan Jawapan PTD 2022

Contoh Soalan Pengetahuan Am Dan Jawapan PTD 2022|ADAKAH anda calon exam PTD Gred M41 bagi tahun 2022? Perhatian buat anda calon yang bakal menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada 8 Julai 2021. Untuk makluman anda, terdapat beberapa seksyen untuk peperiksaan online yang dibahagikan kepada TIGA iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris. Berikut dikongsikan Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online PTD tahun 2022 buat rujukan calon SPA.

Contoh Soalan Pengetahuan Am PTD 2020

Contoh Soalan Pengetahuan Am Dan Jawapan PTD 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik buat rujukan calon SPA:

Format Soalan Sekysen A: Pengetahuan Am 

◾Masa: 40 Minit
◾Bilangan Soalan: 50

Contoh Soalan Pengetahuan Am dan Jawapan PTD 2022

1. Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
kecuali

A. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan
B. Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi
C. NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan
D. NBOS adalah asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS)

2. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara?

A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

3. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah
dan jenis mahkamah di Malaysia

I. Mahkamah Rendah --> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas --> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat --> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

4. Penerima pingat yang dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara akan membawa gelaran

A. Tun
B. Datuk
C. Tan Sri
D. Dato Seri

5. Semua hasil cukai pintu dan cukai hiburan di sesebuah negeri terletak dibawah bidang kuasa

A. Kerajaan Negeri
B. Kerajaan Tempatan
C. Kerajaan Persekutuan
D. Jabatan Hasil Dalam Negeri

6. Apakah industri yang dimaksudkan berasaskan Bukan Sumber?

A. Berasaskan Kayu
B. Berasaskan Getah
C. Elektrik dan Elektronik
D. Farmaseutikal

7. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah:

A. Mahkamah Rayuan
B. Mahkamah Tinggi
C. Mahkamah Seksyen
D. Mahkamah Persekutuan

8. ASEAN mengamalkan ZOPHAN yang membawa singkatan nama bagi:

A. Kawasan Perdagangan Bebas
B. Kawasan Negara-Negara Berkecuali
C. Kawasan Perairan Antarabangsa
D. Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali

Join Channel Telegram Exam PTD 2022

Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut berkaitan Exam PTD Edisi 2021, sila join Channel Telegram ini menerusi link dibawah:

KLIK 👉 https://t.me/ptd2022

Semoga perkongsian Contoh Soalan Pengetahuan Am PTD tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat semua calon SPA!

No comments

Powered by Blogger.