Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang & Isi Rumah Mulai 24 Julai 2020

Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang & Isi Rumah Mulai 24 Julai 2020|BILAKAH tarikh bayaran BSH 2020 Fasa 3 bagi kategori bujang dan isi rumah? Berita baik buat anda golongan isi rumah dan bujang yang bakal menerima bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 tahun 2020. Menerusi Portal BSH, tarikh pembayaran BSH 2020 Fasa Ketiga bagi bujang dan isi rumah adalah mulai 24 Julai 2020 (Hari Jumaat).

Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang & Isi Rumah Mulai 24 Julai 2020

Sedia maklum, penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun yang maksima 4 orang anak. Kategori tambahan telah disenaraikan dalam BSH 2020 adalah bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Pembayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun masing-masing yang didaftarkan dengan LHDNM. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dibuat secara tunai di cawangan BSN sehingga 31 Disember 2020.

Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang & Isi Rumah Mulai 24 Julai 2020

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang & Isi Rumah termasuk kategori dan jumlah pembayaran:

Kategori dan Jumlah Bayaran BSH 2020 (Fasa 3)

1. Jumlah BSH RM600 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah.
2. Jumlah BSH RM350 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000.
3. Jumlah BSH RM250 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000.
4. Jumlah BSH RM400 diberikan kepada kategori bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
5. Kategori isi rumah yang bakal terima BSH Fasa 3 bulan Julai akan dapat tambahan RM120 setiap anak (bawah 18 tahun) dengan maksimum hanya kepada 4 orang anak.

CONTOH: Isi rumah berpendapatan kurang RM2000 dengan 4 orang anak akan mendapat RM1080 (RM600 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120).

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa 3

Penerima BSH 2020 akan menerima bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan pada 24 Julai 2020 (Hari Jumaat). Penerima kategori isi rumah bakal menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak maksimum kepada 4 orang anak.

Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang & Isi Rumah Mulai 24 Julai 2020

Semakan Bayaran Bantuan Sara Hidup BSH Online

1. Layari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) secara online menerusi pautan di https://bsh.hasil.gov.my/.

2. Pilih Menu "SEMAKAN STATUS BAYARAN".

3. Masukkan "NO. MYKAD yang disahkan dan klik pada "Butang Carian".

4. Isi semula kod Captcha seperti yang tertera dan klik pada butang SEMAK.

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi di:

◼️Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03 - 8882 4565/03 - 8882 4566
◼️Nombor Bebas Tol LHDN 1-800-88-2716
◼️Laman Web BSH: https://bsh.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang & Isi Rumah Mulai 24 Julai 2020 ini dijadikan panduan buat penerima BSH!

2 comments:

  1. Sy kurang faham tentang pembayaran BSH..brapa kali bayaran kita akn dapat?sbb sy dh 2 kali dapat BSH...fasa 3 ni yg mana plk?

    ReplyDelete
  2. Saya MOHD AZLAN perlu voucher bsh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.