Semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3 & Tarikh Penunaian Di Kaunter BSN

Semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3 & Tarikh Penunaian Di Kaunter BSN|BILAKAH tarikh semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3? Berita baik buat pemohon BSH yang ingin membuat semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3. Untuk makluman anda, penerima BSH boleh membuat penunaian BSH menggunakan Nombor Siri di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 24 Julai 2020 (Jumaat) bagi yang tiada nombor akaun bank dan gagal kredit.

Semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3 & Tarikh Penunaian Di Kaunter BSN

Semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3 & Tarikh Penunaian Di Kaunter BSN

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3 termasuk tarikh dan cara penunaian di Kaunter BSN:

Cara Semakan Nombor Siri BSH 2020 Online

Untuk semakan Nombor Siri BSH, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah:

1. Layari laman web rasmi BSH menerusi pautan di https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx.
2. Kemudian, masukkan No. MyKad yang disahkan.
3. Isikan captcha dan tekan pada butang "SEMAK".
4. Klik pada ‘Paparan Maklumat Bayaran’.
5. Klik pada maklumat bayaran dan Nombor Siri BSH akan dipaparkan.

Tarikh Pembayaran BSH 2020 Fasa 3

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mulai 24 Julai 2020. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Cara Penunaian Nombor Siri BSH Di Kaunter BSN

Penunaian BSH 2020 Fasa 3 boleh dibuat menggunakan Nombor Siri/ Baucar di kaunter BSN mulai 24 Julai 2020 bagi yang tiada nombor akaun bank dan status "Gagal Kredit".

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BSH, sila mengunjungi ke kaunter LHDN yang terdekat atau layari Portal BSH di https://bsh.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian Semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3 & Tarikh Penunaian Di Kaunter BSN ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.