Semakan Kemasukan Duit BSH 2020 Fasa 3 Bagi Isi Rumah & Bujang

Semakan Kemasukan Duit BSH 2020 Fasa 3 Bagi Isi Rumah & Bujang|BILAKAH tarikh kemasukan duit BSH Fasa 3 tahun 2020? Berita baik buat pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) yang ingin membuat semakan kemasukan duit BSH Fasa 3 (Julai) tahun 2020. Untuk makluman anda, pembayaran BSH Fasa 3 akan dikreditkan secara terus ke akaun masing-masing yang didaftarkan dengan LHDNM mulai 24 Julai 2020 (Hari Jumaat). Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dibuat secara tunai di cawangan BSN sehingga 31 Disember 2020.

Semakan Kemasukan Duit BSH 2020 Fasa 3 Bagi Isi Rumah & Bujang

Sedia maklum, penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun yang maksima 4 orang anak. Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM120 bagi anak yang akan dilakukan bersama Fasa 3 dengan melibatkan 5 juta penerima, iaitu 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang.

Semakan Kemasukan Duit BSH 2020 Fasa 3 Bagi Isi Rumah & Bujang

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Semakan Kemasukan Duit BSH 2020 Fasa Ketiga termasuk tarikh dan jumlah pembayaran:

Cara Semakan Duit Masuk BSH Fasa 3 Online

1. Pemohon BSH boleh kunjungi ke mesin ATM atau Pejabat LHDN yang berdekatan untuk membuat semakan kemasukan duit.

2. Pemohon juga boleh membuat semakan status pembayaran menerusi laman sesawang BSH di https://bsh.hasil.gov.my.

Cara Semakan Status BSH 2020 Fasa 3

Bagi menyemak status permohonan, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Layari Portal Rasmi BSH secara online menerusi pautan di https://bsh.hasil.gov.my

2. Pilih MENU SEMAKAN STATUS PERMOHONAN (Maklumat Pembayaran Status BSH 2020).

3. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan untuk semakan status anda.

4. Isikan Captcha dan klik pada butang "SEMAK".

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa 3

Penerima BSH 2020 akan menerima bayaran Fasa 3 BSH 2020 secara berperingkat yang dijadualkan pada 24 Julai 2020 (Hari Jumaat). Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dibuat secara tunai di cawangan BSN sehingga 31 Disember 2020.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BSH, sila mengunjungi ke kaunter LHDN yang terdekat atau layari Portal BSH di https://bsh.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian Semakan Status Kelulusan BSH 2020 Fasa 3 secara online ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.