Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruteknik Komputer Gred FT19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruteknik Komputer Gred FT19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Juruteknik Komputer Gred FT19? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Juruteknik Komputer Gred FT19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruteknik Komputer Gred FT19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Juruteknik Komputer Gred FT19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Juruteknik Komputer Gred FT19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruteknik Komputer Gred FT19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Juruteknik Komputer Gred FT19:

Gaji Juruteknik Komputer Gred FT19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,377
◾ Gaji Maksimum: RM 4,052
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19:

Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19 adalah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

Syarat Kelayakan Juruteknik Komputer Gred FT19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Juruteknik Komputer Gred FT19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.