Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM/ SVM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19:

Gaji Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,353
◾ Gaji Maksimum: RM 4,005
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19:

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

- Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
- Mengurus dan mengawal peruntukan.
- Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
- Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
- Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau

v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.