Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Artis Budaya Gred B29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Artis Budaya Gred B29|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Artis Budaya Gred B29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Artis Budaya Gred B29? Berita baik buat anda lepasan Diploma yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Artis Budaya Gred B29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Artis Budaya Gred B29.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Artis Budaya Gred B29

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Artis Budaya Gred B29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Skim Perkhidmatan Bersepadu. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Artis Budaya Gred B29, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Artis Budaya Gred B29

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Artis Budaya Gred B29:

Gaji Artis Budaya Gred B29

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,499
◾ Gaji Maksimum: RM 5,679
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Artis Budaya Gred B29

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Artis Budaya Gred B29:

Tugas Artis Budaya Gred B29 adalah bertanggungjawab menjalani latihan dan membuat persembahan-persembahan kesenian (tarian dan lakonan) di dalam dan di luar negeri.

Syarat Kelayakan Artis Budaya Gred B29

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Artis Budaya Gred B29:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
(i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Artis Budaya Gred B29. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.