Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Penguatkuasa Gred KP19? Berita baik buat anda lepasan Ijazah yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Penguatkuasa Gred KP19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Penguatkuasa Gred KP19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19:

Gaji Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,360
◾ Gaji Maksimum: RM 4,052
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19:

Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 adalah membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Syarat Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

ii. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

dan:-
1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Penguatkuasa Gred KP19. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.