Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) PTD SPA 2024

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) PTD SPA 2024|APA itu Ujian UKJK? Bilakah tarikh UKJK Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 bagi tahun 2024 bakal diadakan? Perhatian buat calon yang mendapat panggilan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) jawatan PTD Gred M41 sesi ambilan 2024. Untuk makluman anda, tarikh UKJK PTD 2024/2025 bakal diadakan secara rasmi mulai 19 hingga 25 Februari 2024. Berikut dikongsikan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) PTD SPA 2024 buat rujukan anda.

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) SPA 2019

Tahniah kepada calon yang berjaya untuk menghadapi peperiksaan online Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) sebelum anda layak ke sesi temuduga SPA.
Untuk makluman anda, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan adalah salah satu bahagian dalam Program Assessment Centre (PAC) PTD. Antara ujian yang dilakukan dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) adalah Ujian Body Mass Index (BMI), Ujian Bangkit Tubi 1 Minit, Ujian Genggaman Tangan, Ujian Duduk dan Jangkau dan Ujian Larian Ulang-Alik 20 Meter.

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) PTD SPA 2024

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) PTD SPA tahun 2024 termasuk tarikh semakan dan senarai UKJK:

Semakan Tarikh UKJK PTD Gred M41 2024/2025

Ujian 1 : Duduk dan Jangkau

Ujian pertama untuk aku pada hari tersebut adalah duduk dan jangkau. Ujian ini akan menguji tahap kelenturan badan anda, kiranya badan yang elastik dan fleksibel akan sangat beruntunglah untuk ujian ini.

Ujian 2 : Kiraan BMI

Ujian ini tidak memerlukan sebarang tenaga dari anda, hanya sekadar untuk mengukur ketinggian dan berat badan sahaja. Cubalah untuk capai berat badan yang ideal sebelum mengikuti ujian UKJK ini. Seperti yang tertera di dalam surat tawaran, BMI yang akan diterima adalah dalam lingkuan 19-29 sahaja.

Ujian 3 : Pemeriksaan Blood Pressure dan Nadi

Untuk ujian ke 3 ini, para peserta hanya perlu melakukan pemeriksaan para jururawat dari KKM untuk memastikan tahap tekanan darah dan juga kiraan nadi dalam masa seminit. Normal blood pressure untuk individu adalah 120/80.

Ujian 4 : Genggaman Tangan

Untuk ujian seterusnya, kumpulan aku dikehendaki untuk ke stesen berikutnya untuk menjalani ujian genggaman tangan. Ujian ini mudah sahaja, para peserta diberikan satu alat untuk digenggam yang dinamakan sebagai dynamometer dan alat tersebut akan memberi bacaan terus mengikut kekuatan tangan dan pressure yang kita genggam. Genggam sehabis kuat dengan menggunakan tangan dominan anda, tarik nafas dan hembus perlahan.

Ujian 5 : Sit Up atau Curl Up

Selesai sahaja kesemua empat ujian, para peserta dihimpunkan bersama untuk sesi taklimat bagi menjalani ujian sit up atau curl up. Ujian ini akan dijalankan selepas para peserta lengkap empat ujian sebelum ini. Ujian ini berlangsung selama 60 saat bagi setiap pusingan dan skor bagi ujian ini akan ditentukan mengikut kiraan sit up yang berjaya dilakukan dalam tempoh 60 saat.

Ujian 6 : Bleep Test 20 Meter

Akhir sekali sampailah ke ujian yang terakhir dan paling banyak mempengaruhi markah keseluruhan bagi ujian UKJK ini. Para peserta dikehendaki untuk berlari ulang-alik sejauh 20 meter ditengah-tengah dewan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh sistem. Para peserta harus berlari dan tiba digarisan penamat sebelum bunyi 'bleep'.

Semoga perkongsian Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) SPA ini dijadikan rujukan buat semua calon SPA!

No comments

Powered by Blogger.