Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41? Berita baik buat anda lepasan Ijazah yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41:

Gaji Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,083
◾ Gaji Maksimum: RM 9,549
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Pegawai Ehwal Ekonomi E41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41:

Tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 adalah bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Koperasi, menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi, melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar. Memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya

Syarat Kelayakan Pegawai Ehwal Ekonomi E41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,083.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,490.99); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau

(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau

(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,899.83); atau

(v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM3,002.03).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.