Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Makmal C19 2019

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Makmal C19 2019|ADAKAH anda calon peperiksaan online Pembantu Makmal Gred C19 bagi tahun 2019? Adakah pertama kali anda dipanggil menduduki peperiksaan online jawatan Pembantu Makmal Gred C19? Pastinya anda tercari-cari satu bahan rujukan soalan lengkap peperiksaan Pembantu Makmal Gred C19. Berikut dikongsikan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Makmal Gred C19 buat panduan anda.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Makmal C19 2019

Menerusi Portal Rasmi SPA, peperiksaan online Pembantu Makmal Gred C19 akan diadakan pada tarikh 27 Jun 2019 (Hari Khamis).

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Makmal C19 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan contoh soalan, format soalan terkini dan nota rujukan peperiksaan online Pembantu Makmal Gred C19:

Format Peperiksaan Terkini Pembantu Makmal Gred C19

👉 SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM
👉 SEKSYEN B : DAYA PENYELESAIAN
      MASALAH
👉 SEKSYEN C: KEFAHAMAN BAHASA
      INGGERIS

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Makmal

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh soalan pengetahuan am dan daya penyelesaian masalah peperiksaan online Pembantu Makmal Gred C19:

Seksyen A : Pengetahuan Am

Tempoh: 15 minit
Jumlah Soalan: 20 Soalan

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah
A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan
    Teknologi Maklumat Kementerian Dalam
    Negeri (KDN) ialah
A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
B. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

3. Dimanakah terletaknya Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu?
A. Perak
B. Kedah
C. Johor
D. Sabah

4. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara?

A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

5. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah
dan jenis mahkamah di Malaysia

I. Mahkamah Rendah --> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas --> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat --> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Tempoh: 20 minit
Jumlah Soalan: 15 Soalan

I) Kemahiran Menggunakan Logik

Calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan tepat.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Makmal C19 2019

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Makmal C19 2019

II) Kemahiran Menginterpretasi Data

Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon perlu menganalisa data-data tersebut.

1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke zoo negara dari bulan Januari hingga Mac

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Makmal C19 2019

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang  C. 60 orang
B. 40 orang  D. 80 orang
Jawapan : B

Teknik menjawab soalan
Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240
Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200
Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40

III) Konsep Matematik

1. Bagi set data 6, 8, 10, 6. 5, 2, x, y. Kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari nilai x + y.

A. 19
B. 17
C. 18
D. 20

2. 2 7 14 23 34 R. Nilai R ialah

A. 45
B. 46
C. 47
D. 48

3. Diberi isipadu sebuah silinder tegak dengan diameter tapaknya 16 cm ialah 4224 cm padu. Berapakah ketinggian silinder tersebut?

A. 32.25 cm
B. 21 cm
C. 84 cm
D. 5.25 cm

4. Diberi 80 64 56 52 X. Berapa nilai X?

A. 44
B. 46
C. 48
D. 50

5. Sekiranya bulatan bersisi satu. Berapakah sisi Oktagon?

A. 2
B. 6
C. 8
D. 12

Join Channel Telegram Exam Pembantu Makmal 2019

KLIK 👉 https://t.me/exampembantumakmal2019

Semoga perkongsian Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Makmal Gred C19 ini dijadikan rujukan buat semua calon yang bakal menduduki peperiksaan online nanti!

DISCLAIMER:
Pihak SUMBER KERJAYA tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Soalan yang disediakan bukan soalan BOCOR jauh sekali soalan peperiksaan SEBENAR.

No comments

Powered by Blogger.