Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Hidupan Liar Gred G19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Hidupan Liar Gred G19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Pembantu Hidupan Liar Gred G19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Hidupan Liar Gred G19? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM/ SVM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Hidupan Liar Gred G19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Hidupan Liar Gred G19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Hidupan Liar Gred G19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Perlindungan Hidupan Laut dan Taman Negara. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Hidupan Liar Gred G19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Hidupan Liar Gred G19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Hidupan Liar Gred G19:

Gaji Pembantu Hidupan Liar Gred G19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,357
◾ Gaji Maksimum: RM 4,008
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Hidupan Liar Gred G19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G19:

Membantu Ketua Daerah menjalankan tugas-tugas pentadbiran jabatan di peringkat daerah, mengetuai unit kakitangan menjalankan tugas penguatkuasaan, pengurusan dan pemantauan hidupan liar serta menjalankan aktiviti program pengembangan jabatan dan menjadi fasilitator kepada kursus-kursus pendidikan.

Syarat Kelayakan Pembantu Hidupan Liar Gred G19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).

iv. Calon bagi lantikan ke Pembantu Hidupan Liar Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Hidupan Liar Gred G19. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.