Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Laut Gred A19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Laut Gred A19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Laut Gred A19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Laut Gred A19? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM/ SVM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Laut Gred A19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Laut Gred A19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Laut Gred A19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Laut Gred A19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Laut Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Laut Gred A19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Laut Gred A19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Laut Gred A19:

Gaji Pembantu Laut Gred A19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,362
◾ Gaji Maksimum: RM 4,034
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Laut Gred A19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Laut Gred A19:

1. Aspek Kewangan dan Personel

i. Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
ii. Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
iii. Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
iv. Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor; dan
v. Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.

2. Aspek Industri (Perkapalan)

i. Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
ii. Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
iii. Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun; dan
iv. Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.

3. Aspek Keselamatan Pelayaran

i. Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
ii. Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
iii. Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj; dan
iv. Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.

4. Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

i. Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
ii. Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
iii. Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
iv. Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan; dan
v. Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.

5. Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)

i. Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika);
ii. Kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
iii. Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
iv. Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan; dan
v. Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.

Syarat Kelayakan Pembantu Laut Gred A19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Laut Gred A19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau

- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau

- Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau

- Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau

- Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,478.24); atau

- Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,536.36).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Laut Gred A19. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.