Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pegawai Penguatkuasa Gred KP41? Berita baik buat anda lepasan Diploma/ Degree/ PHD yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Penguatkuasa Gred KP41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Penguatkuasa Gred KP41, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41:

Gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,081
◾ Gaji Maksimum: RM 9,547
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41:

Tugas Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 adalah menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.

Syarat Kelayakan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
(i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,081.00);atau
(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
(iii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaa ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00);atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,387.21).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penguatkuasa Gred KP41! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.