Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Syariah Gred LS19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Syariah Gred LS19|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Syariah Gred LS19? Aakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Syariah Gred LS19? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM/ SVM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Syariah Gred LS19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Pembantu Syariah Gred LS19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Syariah Gred LS19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Syariah Gred LS19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka dan Perlis.
Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Syariah Gred LS19, pemohon perlu membuat permohonan
Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Syariah Gred LS19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Syariah Gred LS19:

Gaji Pembantu Syariah Gred LS19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,355
◾ Gaji Maksimum: RM 4,007
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Syariah Gred LS19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Syariah Gred LS19:

Tugas Pembantu Syariah Gred LS19 adalah
melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah.

Syarat Kelayakan Pembantu Syariah Gred LS19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Syariah Gred LS19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
◾Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
◾Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,355.00); atau

2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,411.40); atau

3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,467.80).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Syariah Gred LS19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.