Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penolong Juruukur Bahan Gred JA29? Berita baik buat anda lepasan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ PHD yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Juruukur Bahan Gred JA29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Kerja Raya. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Juruukur Bahan Gred JA29, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29:

Gaji Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,549
◾ Gaji Maksimum: RM 5,701
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29:

Tugas Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 adalah bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
ii. Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Juruukur Bahan Gred JA29! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.