Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penolong Pegawai Kesatria Gred S29? Berita baik buat anda lepasan Diploma/ Degree/ PHD yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Kesatria Gred S29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Kesatria Gred S29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Kesatria Gred S29, pemohon perlu membuat permohonan
Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29:

Gaji Penolong Pegawai Kesatria Gred S29

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,493
◾ Gaji Maksimum: RM 5,672
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Kesatria Gred S29

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29:

Tugas Penolong Pegawai Kesatria Gred S29 adalah bertanggungjawab membantu Pegawai Kesateria merancang, mengurus serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kawad, pasukan pancaragam/muzik dan menguatkuasakan disiplin pelatih-pelatih di Institut Kemahiran Belia Negara.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
iii. Bekas inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
iv. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera malaysia atau Polis Diraja Malaysia. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,770.95); dan
d. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;
iv. Mempunyai sekurang kurang 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Kesatria Gred S29! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.