Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di Jabatan Imigresen Malaysia? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP19? Berita baik buat anda lepasan SPM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen Gred KP19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia. Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Imigresen Gred KP19, pemohon boleh membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP19:

Gaji Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,360
◾ Gaji Maksimum: RM 4,052
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19:

Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19 bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Syarat Kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
   Kelayakan seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun  pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal
    dan pancaindera seperti yang berikut:
1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
2. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
4. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
5. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses temuduga!

No comments

Powered by Blogger.