Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Perikanan Gred G19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Perikanan Gred G19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Perikanan Gred G19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Perikanan Gred G19? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Perikanan Gred G19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Perikanan Gred G19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Perikanan Gred G19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Perikanan Gred G19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Perikanan Gred G19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Perikanan Gred G19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Perikanan Gred G19:

Gaji Pembantu Perikanan Gred G19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,357
◾ Gaji Maksimum: RM 4,008
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan Gred G19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Perikanan Gred G19:

Tugas Pembantu Perikanan Gred G19 adalah mentadbir aktiviti ternak air dan perancangan, pelaksanaan dan pengawasan serta khidmat nasihat hal benih ikan dan penyakit ikan.

Syarat Kelayakan Pembantu Perikanan Gred G19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Perikanan Gred G19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau

ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perikanan Gred G19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.