Contoh Resume Kerja Kerajaan SPA 2024

Contoh Resume Kerja Kerajaan SPA 2024|ADAKAH anda calon kerja kerajaan/SPA? Bagaimana buat resume terbaik untuk kerja kerajaan? Panduan buat anda yang ingin ketahui cara buat resume terbaik kerja kerajaan SPA dengan betul dan format terkini tahun 2024. Sedia maklum, "Resume" merupakan salah satu elemen penting untuk mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta. Berikut dikongsikan Contoh Resume Kerja Kerajaan tahun 2024 buat rujukan anda.

Contoh Resume Kerja Kerajaan 2020

Jika anda calon yang dipanggil untuk sesi temuduga kerajaan, sudah pasti anda dikehendaki membawa resume ketika menduduki sesi temuduga. Oleh itu, calon perlu menyediakan satu resume yang terbaik dengan teknik dan format yang betul bagi menghadapi sesi temuduga nanti.

Contoh Resume Kerja Kerajaan SPA 2024

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Resume Terbaik Kerja Kerajaan tahun 2024 termasuk Contoh Resume Temuduga SPA:


Senarai Penting Resume Yang Terbaik

1. Pengenalan Diri

● Nama penuh pemohon
● Jantina
● Alamat
● Nombor kad pengenalan
● Gambar saiz passport
● No. Telefon
● Email
● Status (Kahwin/Bujang/dll)

2. Latar Belakang Pendidikan

● Kelayakan pendidikan anda contohnya tahap tertinggi anda belajar di peringkat Ijazah, dahulukan yang peringkat tertinggi.

3. Pengalaman Kerja

● Pengalaman kerja yang anda pernah lakukan sebelum ini.

4. Aktiviti Kokurikulum

● Senaraikan persatuan/ kelab dan aktiviti sukan yang pernah disertai dan nyatakan jawatan sekiranya ADA.

5. Skill/ Kemahiran

● Senaraikan kemahiran yang anda ada sebagai contoh Microsoft Word/ PowerPoint/ Excel, AutoCAD dan dll.

Anda Perlu Ingat Ijazah Bukan Menjanjikan Anda Dapat Kerja

Anda perlukan beberapa skil kemahiran lain sebelum anda mendapat kerja yang HEBAT dan gaji yang LUMAYAN. Selain ijazah sebagai tiket anda perlu mahir tentang...

1. “Teknik penulisan resume yang baik”
2. Gaya dan penampilan diri anda yang menarik
3. Cara pemakaian semasa sesi temuduga
4. Etika menjawab soalan temuduga
5. Skil komunikasi anda yang meyakinkan

“YA” anda WAJIB mengetahui teknik-teknik penulisan resume yang baik dan mempunyai ciri-ciri memikat bakal majikan anda. Rugi rasanya jika anda mendapat CGPA 3.99 sekalipun, anugerah dekan tiap-tiap semester sekalipun tetapi tanpa pengetahuan tentang teknik penulisan resume yang baik anda boleh dikatakan GAGAL dalam proses pencarian kerja.

Rahsia Resume Terbaik Kerja Kerajaan 2024

Bagi anda yang ingin mendapatkan Ebook Rahsia Resume Terbaik Kerja Kerajaan tahun 2024, anda boleh klik link seperti dibawah:

Semoga perkongsian Contoh Resume Kerja Kerajaan SPA tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.