Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA 2020

Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA 2020|ADAKAH anda calon temuduga kerajaan? Bagaimana cara susun sijil untuk temuduga SPA bagi tahun 2020? Panduan buat calon temuduga SPA yang ingin ketahui cara susun sijil untuk temuduga SPA 2020. Berikut dikongsikan Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA tahun 2020 buat rujukan anda.

Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA 2020

Sedia maklum, menghadiri temuduga kerja adalah satu proses penting yang perlu dilalui oleh kebanyakan orang terutamanya fresh graduate. Tetapi masih ada di antara pelajar lepasan universiti ini yang masih kurang jelas tentang cara yang betul menghadirkan diri semasa sesi temuduga terutamanya bagi sektor kerajaan. Selain aspek pemakaian dan resume terbaik, susun sijil untuk temuduga merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan ketika menghadiri sesi temuduga.


Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA 2020 termasuk Temuduga Separa Perubatan dan Swasta:

Senarai Susun Sijil Temuduga SPA 2020

Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal dan salinan semasa temu duga serta disusun mengikut turutan seperti berikut:

1. Resume bergambar

2. MyKad dan Sijil Kelahiran;

3. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan kewarganegaraan ibu/ bapa (jika berkenaan);

4. SPM/ SPM(V) atau setaraf;

5. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);

6. STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ skrol dan transkrip bagi pemegang Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain. (jika berkenaan);

7. Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik. (jika berkenaan - bagi calon yang belum memperolehi skrol ijazah/ diploma);

8. Ijazah Sarjana Muda dan transkrip akademik bagi calon yang memiliki Sarjana/ Doktor Falsafah;

9. Slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan;

10. Surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan);

11. Sijil Pendaftaran Orang Kurang Upaya/ Surat pengesahan penerima eKasih (jika berkenaan);

12. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan);

13. Sijil kegiatan luar (Dokumen Asal Sahaja);

14. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan (di pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat), LNPT terkini, Perisytiharan Harta dan Penyata Gaji akhir untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun; dan

15. Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).

Semoga perkongsian Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

Sumber: SPA

No comments

Powered by Blogger.