Etika Pemakaian Temuduga SPA 2020

Etika Pemakaian Temuduga SPA 2020|ADAKAH anda calon temuduga kerja kerajaan? Apakah etika pemakaian temuduga SPA? Panduan buat anda yang ingin ketahui etika pemakaian ketika menghadiri temuduga yang dikendalikan oleh pihak SPA. Sekiranya anda calon bakal menduduki sesi temuduga SPA, pastikan anda mahu memberikan first impression yang terbaik terutamanya dari segi pemakaian. Berikut dikongsikan Tips atau Etika Pemakaian Semasa Temuduga Kerajaan atau Swasta buat rujukan anda.

Etika Pemakaian Temuduga SPA 2020

Etika Pemakaian Temuduga SPA 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tips atau Etika Pemakaian Semasa Temuduga Kerajaan SPA atau Swasta:

Tips Memilih Pakaian Temuduga Bagi Lelaki 

1. Untuk lelaki, sesuai pakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan tidak terlalu mengikut potongan badan atau ketat. Pemakaian baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.

2. Bagi lelaki perlu pakai seluar slack yang berwarna gelap dan sesuai digayakan mengikut berat badan anda. Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan.

3. Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai.

4. Kasut yang dipakai perlu dipadankan dengan seluar dan pastikan warna gelap. Kasut bertumit tinggi digalakkan pakain dan berstokin warna gelap.

5. Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.

6. Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan “cuff-link”. Pemakaian cincin tidak digalakkan.

7. Berambut pendek dan kemas. Sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.

Tips Memilih Pakaian Temuduga Bagi Wanita

1. Bagi wanita muslim, pakai Baju Kurung yang tidak ketat, kemas dan menutup aurat. Untuk bukan muslim, berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

2. Pakailah tudung yang formal dan warna tidak terlalu menonjol. Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi.

3. Untuk warna baju, pastikan pilih jangan nampak terlalu menonjol dan terang. Janganlah terlalu gelap. Contoh warna baju yang sesuai misalnya ungu gelap, kelabu, coklat, putih dan biru gelap.

3. Menggunakan make up yang sesuai dan tidak berlebihan. Sekadar untuk menampakkan keserian wajah anda.

4. Untuk kasut, pastikan yang menutup jari kaki anda atau istilah berkasut tutup penuh. Warna hitam yang paling sesuai untuk dipakai ketika temuduga.

Bagaimana Persiapan Anda Menghadapi Temuduga Kerajaan? 

Untuk makluman anda, Tim Infokerjaya ada terbitkan satu rujukan lengkap iaitu "Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan" yang dilengkapi dengan contoh soalan temuduga, tips etika berpakaian termasuk tips persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga.


Etika Pemakaian Temuduga SPA 2020

Semoga perkongsian Etika Pemakaian Temuduga SPA 2020 ini dapat membantu calon menghadapi sesi temuduga SPA dengan jayanya!

No comments

Powered by Blogger.