Contoh Pakaian Temuduga SPA 2020

Contoh Pakaian Temuduga SPA 2020|APAKAH etika pemakaian temuduga SPA? Perhatian buat calon yang ingin ketahui contoh pemakaian temuduga SPA yang betul sebagai persiapan menduduki sesi temuduga kerajaan. Berikut dikongsikan Contoh Pakaian Temuduga SPA 2020 buat rujukan anda.

Contoh Pakaian Temuduga SPA 2020

Sedia maklum, pemakaian merupakan salah satu elemen penting ketika menghadiri sesi temuduga Kerajaan mahupun swasta. Sekiranya anda calon yang bakal menduduki sesi temuduga SPA nanti, pastikan anda mahu memberikan first impression yang terbaik terutamanya dari segi pemakaian.

Contoh Pakaian Temuduga SPA 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Pemakaian Temuduga Kerajaan SPA atau Swasta tahun 2020:

Tips Memilih Pakaian Temuduga SPA

Berikut dikongsikan Tips Memilih Pakaian Temuduga SPA bagi kategori lelaki dan wanita:

A. Kategori Lelaki

1. Untuk lelaki, sesuai pakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan tidak terlalu mengikut potongan badan atau ketat. Pemakaian baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.

2. Bagi lelaki perlu pakai seluar slack yang berwarna gelap dan sesuai digayakan mengikut berat badan anda. Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan.

3. Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai.

4. Kasut yang dipakai perlu dipadankan dengan seluar dan pastikan warna gelap. Kasut bertumit tinggi digalakkan pakain dan berstokin warna gelap.

5. Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.

6. Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan “cuff-link”. Pemakaian cincin tidak digalakkan.

7. Berambut pendek dan kemas. Sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.

B. Kategori Wanita

1. Bagi wanita muslim, pakai Baju Kurung yang tidak ketat, kemas dan menutup aurat. Untuk bukan muslim, berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

2. Pakailah tudung yang formal dan warna tidak terlalu menonjol. Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi.

3. Untuk warna baju, pastikan pilih jangan nampak terlalu menonjol dan terang. Janganlah terlalu gelap. Contoh warna baju yang sesuai misalnya ungu gelap, kelabu, coklat, putih dan biru gelap.

3. Menggunakan make up yang sesuai dan tidak berlebihan. Sekadar untuk menampakkan keserian wajah anda.

4. Untuk kasut, pastikan yang menutup jari kaki anda atau istilah berkasut tutup penuh. Warna hitam yang paling sesuai untuk dipakai ketika temuduga.

Bagaimana Persiapan Anda Menghadapi Temuduga Kerajaan? 

Sedia maklum, Tim Infokerjaya ada terbitkan satu rujukan lengkap iaitu "Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan" yang dilengkapi dengan contoh soalan temuduga, tips etika berpakaian termasuk tips persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga.


Contoh Pakaian Temuduga SPA 2020

Semoga perkongsian Contoh Pakaian Temuduga SPA tahun 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.