Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2019 Online

Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2019 Online|ADAKAH anda berminat menjadi sebagai anggota Polis? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan mengisi kekosongan jawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun 2019. Menerusi Portal Rasmi PDRM, permohonan jawatan kosong PDRM 2019 boleh dibuat secara online mulai 20 September 2019 hingga 8 November 2019.

Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2019 Online

Jawatan kosong Polis Diraja Malaysia adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur dari 18 hingga 35 tahun. Sedia maklum, permohonan jawatan kosong PDRM boleh dibuat melalui pendaftaran Borang SPA8i.

Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan jawatan kosong PDRM melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatam Awam (SPA):

Cara Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2019 Online

1. Pemohon perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum mengisi borang SPA secara online. Bagi pemohon yang tidak pernah mendaftar dan tidak ada ID: sila KLIK - Daftar Baru

2. Bagi mendaftar SPA8i secara online,  layari dengan klik pada Borang SPA8i Online.

3. Pastikan pemohon mengisi maklumat butiran yang diminta dengan lengkap dan betul.

4. Hadirkan diri ke sesi temuduga terbuka dengan membawa salinan borang permohonan SPA yang telah diisi.

Senarai Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

1. Inspektor Gred YA13 (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan Gred YA5 (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel Gred YA1 (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan YT1 (Lelaki/Wanita)
5. Konstabel Orang Asli Gred YP1
    (Lelaki/Wanita)

Tarikh dan Tempat Permohonan Jawatan PDRM

A. Temuduga Eksesais Pengambilan  Jawatan Inspektor

◾ Tarikh Dibuka: 20 September 2019
◾ Tarikh Ditutup: 8 November 2019
◾ Tempat: Seluruh Balai Polis, IPK dan IPD Malaysia

Info:
*Permohonan jawatan Inspektor terbuka bagi lelaki dan wanita dengan syarat kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda.

B. Temuduga Eksesais Pengambilan Jawatan Sarjan dan Konstabel

◾ Tarikh Dibuka: 20 September 2019
◾ Tarikh Ditutup: 20 September 2019
◾ Tempat: Seluruh Balai Polis, IPK dan IPD Malaysia

Info:
*Permohonan jawatan Sarjan dibuka untuk lelaki dan wanita. Manakala, jawatan Konstabel hanya terbuka untuk lelaki sahaja.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Antara syarat kelayakan permohonan jawatan PDRM adalah seperti berikut:

◾Terbuka kepada warganegara Malaysia  sahaja
◾Lelaki dan Wanita dengan umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun
◾Sekurang-kurangnya ada kelulusan PMR/PT3 dan maksimum PhD
◾Ketinggian mestilah tidak kurang 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita
◾Melepasi semua ujian fizikal pada sesi  temuduga
◾Syarat khusus permohonan Polis: 
KLIK 👉 https://www.rmp.gov.my/faq

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di Unit Pengambilan PDRM di talian 03 -2266 8349 / 8350.

Selamat membuat Permohonan Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia PDRM tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.