Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19? Berita baik buat anda lepasan SPM/SKM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis dan JAKIM. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19:

Gaji Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,355
◾ Gaji Maksimum: RM 4,007
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19:

Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 adalah menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

Syarat Kelayakan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:

(1) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
(2) Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.