Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruaudio Visual Gred N19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruaudio Visual Gred N19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Juruaudio Visual Gred N19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Juruaudio Visual Gred N19? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Juruaudio Visual Gred N19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Juruaudio Visual Gred N19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruaudio Visual Gred N19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Juruaudio Visual Gred N19
akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Penerangan Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Juruaudio Visual Gred N19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruaudio Visual Gred N19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Juruaudio Visual Gred N19:

Gaji Juruaudio Visual Gred N19

◾ Gaji Minimum: RM 1,352
◾ Gaji Maksimum: RM 4,003
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Juruaudio Visual Gred N19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Juruaudio Visual Gred N19:

Tugas Juruaudio Visual Gred N19 adalah bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan alat audio visual.

Syarat Kelayakan Juruaudio Visual Gred N19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Juruaudio Visual Gred N19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

DAN
d. memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Juruaudio Visual Gred N19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.