Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Makmal Gred C19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Makmal Gred C19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Makmal Gred C19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Makmal Gred C19. Berita baik buat anda lepasan Ijazah yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Makmal Gred C19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Makmal Gred C19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Makmal Gred C19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Makmal Gred C19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Makmal Gred C19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Makmal Gred C19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Makmal Gred C19:

Gaji Pembantu Makmal Gred C19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,357
◾ Gaji Maksimum: RM 4,008
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Makmal Gred C19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Makmal Gred C19:

Tugas Pembantu Makmal Gred C19 adalah menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Syarat Kelayakan Pembantu Makmal Gred C19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Makmal Gred C19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,357.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,413.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,469.80).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Makmal Gred C19. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.