Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA 2019

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA 2019|ADAKAH anda calon peperiksaan online SPA? Perhatian buat calon yang bakal menduduki peperiksaan online SPA tahun 2019. Sedia maklum, terdapat seksyen yang dinamakan sebagai Daya Menyelesaikan Masalah dimana menjadi bahagian utama dalam peperiksaan online yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berikut  dikongsikan Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA buat panduan calon SPA.

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA 2019

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA 2019

Bahagian ini sangat penting kerana ia menguji dalam kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep matematik yang hanya merangkumi silibus Matematik SPM. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA tahun 2019:

Contoh Soalan Matematik SPA

1. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?

A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

2. Bagi set data 6, 8, 10, 6. 5, 2, x, y. Kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari nilai x + y.

A. 19
B. 17
C. 18
D. 20

3. 2 7 14 23 34 R. Nilai R ialah

A. 45
B. 46
C. 47
D. 48

4. Diberi isipadu sebuah silinder tegak dengan diameter tapaknya 16 cm ialah 4224 cm padu. Berapakah ketinggian silinder tersebut?

A. 32.25 cm
B. 21 cm
C. 84 cm
D. 5.25 cm

5. Diberi 80 64 56 52 X. Berapa nilai X?

A. 44
B. 46
C. 48
D. 50

6. Sekiranya bulatan bersisi satu. Berapakah sisi Oktagon?

A. 2
B. 6
C. 8
D. 12

7. Harga sebuah beg ialah RM 95 dan harga sebuah dompet ialah RM 11 kurang daripada harga sebuah beg. Kirakan jumlah harga bagi 22 buah beg dan 33 buah dompet yang sama.

A. RM 2090
B. RM 4862
C. RM 4983
D. RM 4762

8. Cari median bagi taburan nombor ini:
| 23 | 25 | 23 | 23 | 24 | 25 | 24 | 25 |

A. 23.5
B. 24
C. 24.5
D. 25

9. 75/100 adalah bersamaan dengan

A. 7.5
B. 0.75
C. 0.075
D. 0.00075

10. Skor yang diperolehi oleh kumpulan dalam satu permainan adalah

4, 1, 5, 2, 3, 2, 4, 5

Cari skor median bagi taburan itu?

A. 2.5
B. 3
C. 3.5
D. 4

Semoga perkongsian Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA tahun 2019 ini dijadikan rujukan buat semua calon SPA!

No comments

Powered by Blogger.