Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29. Berita baik buat anda lepasan Diploma yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29:

Gaji Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,549
◾ Gaji Maksimum: RM 5,701
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29:

Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 adalah seperti dibawah:

1. Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.

2. Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.

3. Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.

4. Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.

5. Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.

6. Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.

7. Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.

8. Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.

9. Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.

10. Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.

11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau

ii. Sijil kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau

iii. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,624.20); atau

iv. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,699.40); atau

v. Diploma teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (GGaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,784.80); atau

vi. Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,860.00).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.