Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pemandu Kenderaan Gred H11

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pemandu Kenderaan Gred H11|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pemandu Kenderaan Gred H11? Berita baik buat anda lepasan PT3/ PMR/ SRP yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pemandu Kenderaan Gred H11. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pemandu Kenderaan Gred H11

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai
Pemandu Kenderaan Gred H11, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pemandu Kenderaan Gred H11

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pemandu Kenderaan Gred H11:

Gaji Pemandu Kenderaan Gred H11

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,218
◾ Gaji Maksimum: RM 2,939
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 80

Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11:

Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11 adalah bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Syarat Kelayakan Pemandu Kenderaan Gred H11

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
i. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
ii. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan Gred H11! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.