Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM/ SVM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19, pemohon perlu membuat permohonan
Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19:

Gaji Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,353
◾ Gaji Maksimum: RM 4,003
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19:

Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 adalah bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai.

Syarat Kelayakan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.