Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41? Berita baik buat anda lepasan Diploma/ Degree/ PHD yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, pemohon perlu membuat permohonan
Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41:

Gaji Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,315
◾ Gaji Maksimum: RM 9,618
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41:

Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 adalah bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

Syarat Kelayakan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
(i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00); atau
(ii) Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,522.44); atau
(iii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,833.78); atau
(iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM3,145.11).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.