Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29? Berita baik buat anda lepasan Diploma yang berminat membuat permohonan
jawatan kosong Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Perkhidmatan Sains. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29, pemohon perlu membuat permohonan
Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29:

Gaji Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,496
◾ Gaji Maksimum: RM 5,676
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29:

Tugas Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 adalah membantu Pegawai Penyelidik Gred Q3 dalam perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta penyediaan peralatan projek penyelidikan.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau

ii. Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau

iii. Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00);atau

iv. Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,774.37); atau

v. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,849.57); atau

vi. Diploma Sains Veterinar/ Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,924.77).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.