Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penerangan Gred S41

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penerangan Gred S41|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Pegawai Penerangan Gred S41? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pegawai Penerangan Gred S41? Berita baik buat anda lepasan Ijazah/ Sarjana/ PHD yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Penerangan Gred S41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pegawai Penerangan Gred S41.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penerangan Gred S41

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pegawai Penerangan Gred S41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Penerangan Gred S41, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penerangan Gred S41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pegawai Penerangan Gred S41:

Gaji Pegawai Penerangan Gred S41

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,078
◾ Gaji Maksimum: RM 9,544
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan Gred S41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pegawai Penerangan Gred S41:

Tugas Pegawai Penerangan Gred S41 adalah bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/ Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print' Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Syarat Kelayakan Pegawai Penerangan Gred S41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pegawai Penerangan Gred S41:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
(i). ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
(ii). Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
(iii). Ijazah sarjana muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2,281.86); atau
(iv). Ijazah sarjana muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penerangan Gred S41! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.