Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Penjara Gred KA41

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Penjara Gred KA41|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Penguasa Penjara Gred KA41? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penguasa Penjara Gred KA41? Berita baik buat anda lepasan Ijazah/ Sarjana/ PHD yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penguasa Penjara Gred KA41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Penguasa Penjara Gred KA41.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Penjara Gred KA41

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penguasa Penjara Gred KA41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Penjara Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penguasa Penjara Gred KA41, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Penjara Gred KA41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penguasa Penjara Gred KA41:

Gaji Penolong Penguasa Penjara Gred KA41

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,094
◾ Gaji Maksimum: RM 9,604
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Penguasa Penjara Gred KA41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penguasa Penjara Gred KA41:

Tugas Penguasa Penjara Gred KA41 adalah bertanggungjawab melaksanakan dasar dan peranan jabatan bagi pencapaian matlamat organisasi dalam pengurusan keselamatan penjara, pengurusan penahanan dan pelaksanaan hukuman, program-program pemulihan dan rawatan serta pengurusan layanan terhadap banduan.

Syarat Kelayakan Penguasa Penjara Gred KA41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penguasa Penjara Gred KA41:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KA41:RM2,094.00);atau
ii. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaa ialah pada Gred KA41: RM2,300.73).
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iii. Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
iv. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
v. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penguasa Penjara Gred KA41! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.