Senarai Jadual Program Assessment Centre (PAC) SPA 2024

Senarai Jadual Program Assessment Centre (PAC) SPA 2024|APA itu PAC? Perhatian buat calon yang menduduki peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahun 2024. Untuk makluman anda, bagi calon yang berjaya melepasi peperiksaan online SPA, anda perlu menduduki satu ujian yang dikenali sebagai Program Assessment Centre (PAC). Berikut dikongsikan Senarai Jadual Program Assessment Centre (PAC) SPA 2024 buat rujukan anda.

Senarai Jadual Program Assessment Centre (PAC) SPA 2018

Sedia maklum, anda diingatkan sekiranya berjaya melepasi ujian Program Assessment Centre, secara automatik anda dipanggil ke sesi temuduga SPA.

Senarai Jadual Program Assessment Centre (PAC) SPA 2024

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Jadual Program Assessment Centre (PAC) tahun 2024 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Semakan Jadual PAC SPA Tahun 2024 Online 

1. Semakan jadual PAC SPA tahun 2024 boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/assessment-centre

Tips Menghadapi Ujian PAC SPA 

1. Lapor Diri - Pendaftaran
- Selepas sesi pendaftaran, saringan kesihatan dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) akan di buat. Pada hari anda lapor diri ke PAC datang dengan berpakaian sukan lengkap. Selepas sesi pendaftaran nanti akan diadakan ujian saringan kesihatan dan juga Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).

2. Saringan Kesihatan
- Proses saringan kesihatan akan dilakukan oleh kakitangan klinik kesihatan. Proses ini tidak mengambil proses yang lama.

3. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)
- UKJK adalah sangat kritikal kepada calon yang hadir. Ia akan diadakan selepas sesi pendaftaran tamat. Apabila anda gagal UKJK anda akan terkandas. Anda tidak layak untuk ujian seterusnya. Antara ujian yang akan dilakukan dalan UKJK adalah seperti Ujian BMI, Ujian bangkit tubi (curl up), Ujian duduk dan jangkau (sit and reach), Ujian genggaman tangan (hand grip) dan Ujian larian ulang-alik (bleep test).

4. Ujian Esei Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris SPA
- Calon hanya diperuntukkan masa selama 1 jam sahaja untuk menjawab soalan esei bahasa Melayu dan juga 1 jam untuk menjawab soalan esei bahasa Inggeris.

5. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
- Untuk Latihan Dalam Kumpulan anda perlu memakai pakaian formal. Diawal sesi akan diadakan sesi berkenalan dan kemudian calon akan dibahagi-bahagikan ke beberapa kumpulan untuk aktiviti LDK. Walaupun anda melakukan aktiviti dalam kumpulan, anda akan dinilai secara individu oleh pegawai yang bertugas.

6. Pengucapan Awam Dan Public Speaking
- Ketika aktiviti Pengucapan Awam, anda akan duduk di dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Aktiviti akan dibuat di dalam bilik yang telah ditetapkan. Seorang panel SPA akan turut bersama anda dalam aktiviti tersebut.

7. Group discussion

Semoga perkongsian Senarai Jadual Program Assessment Centre (PAC) SPA tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat calon SPA!

No comments

Powered by Blogger.