Permohonan Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan Gred KP11 2018

Permohonan Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan Gred KP11 2018|ANDA berminat bekerja sebagai penjawat awam di sektor kerajaan? Perhatian yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) tahun 2018. Menerusi Portal Rasmi SPA, terdapat 277 kekosongan jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11. Permohonan kini telah dibuka secara online sehingga tarikh tutup 19 Ogos 2018 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan Gred KP11

Sedia maklum, tugas Pengawal Keselamatan Gred KP11 adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui permohonan Borang SPA8i di Portal Rasmi SPA.

Permohonan Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan Gred KP11 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan jawatan kosong Pengawal Keselamatan Gred KP11:

1. Permohonan boleh dibuat secara online
    di Portal Rasmi SPA melalui pautan
    seperti berikut:
KLIK: 👉 https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Atau:-
KLIK: 👉 https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan.
    Kemudian, klik pada butang 'Log Masuk'

Iklan Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11


Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan Gred KP11! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)!

No comments

Powered by Blogger.