Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19 2019

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19 2019|ANDA berminat bekerja sebagai penjawat awam di sektor kerajaan? Perhatian yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Bomba Gred KB19 di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tahun 2019. Menerusi Portal Rasmi SPA, terdapat 741 kekosongan jawatan Pegawai Bomba Gred KB19. Permohonan kini telah dibuka secara online sehingga tarikh tutup 8 Disember 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19 2018

Sedia maklum, tugas Pegawai Bomba Gred KB19 adalah melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan, melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap, mengendalikan pam bomba, melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap dan melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui permohonan Borang SPA8i di Portal Rasmi SPA.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan jawatan kosong Pegawai Bomba Gred KB19:

1. Permohonan boleh dibuat secara online
    di Portal Rasmi SPA melalui pautan
    seperti berikut:
KLIK: 👉 https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Atau:-
KLIK: 👉 https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan.
    Kemudian, klik pada butang 'Log Masuk'

Iklan Jawatan Kosong Pegawai Bomba KB19

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19 2019

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)!

No comments

Powered by Blogger.