Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Laskar Kelas II Maritim Gred T1|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Laskar Kelas II Maritim Gred T1? Berita baik buat anda lepasan Diploma yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Bagi
yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Laskar Kelas II Maritim Gred T1, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Laskar Kelas II Maritim Gred T1:

Gaji Penolong Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,441
◾ Gaji Maksimum: RM 4,152
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 105

Deskripsi Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1:

Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan.

Syarat Kelayakan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii.
a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00); atau
b. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00): atau
c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,507.01); atau
d. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,573.02).

iv. Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
c. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
d. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang- kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
e. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
g. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.